About Me
Arsip blog
-
►
2010
(26)
-
►
August
(7)
- Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 Peringkat Sekolah...
- Program Ceramah Ramadhan 2010/1431 H
- Program Khatam al-Quran Peringkat Negeri Melaka
- Program Kempen Membaca Sepanjang Hayat Bersama Maj...
- Gotong-royong Perdana
- Majlis Perpisahan Guru Besar SK Batang Melaka
- Motivasi Keibubapaan dan Kecemerlangan Murid 2010
-
►
May
(9)
- JAMUAN MERAIKAN KEJAYAAN PASUKAN HOKI PEREMPUAN SE...
- KEM BEATARI SOLAT KALI KE 2 SKBM 2010
- SAMBUTAN HARI GURU 2010 SK BATANG MELAKA.
- GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
- LAWATAN SAMBIL BELAJAR PPKI KE ZOO MELAKA.
- NAIB JOHAN PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK 2010...
- LAWATAN MUHIBAH PPKI IBNU SINA
- TAHNIAH ATAS KEJAYAAN PASUKAN HOKI SEKOLAH
- KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS ZON JASIN 2010
-
►
August
(7)
Tuesday, April 19, 2011
Monday, April 18, 2011
PEMANTAUAN BERKELOMPOK PPD KALI PERTAMA 2011
Dicatat oleh SK Batang Melaka di 11:53 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Monday, February 21, 2011
PROGRAM UNIT ANTID DADAH 2011
Dicatat oleh SK Batang Melaka di 1:04 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Tuesday, November 30, 2010
Thursday, November 11, 2010
KEMBARA SK BATANG MELAKA BERSAMA KTMB KE LIPIS
![]() |
Jumaat 29/10/2010
Sabtu 30/10/2010

Pada 29 Oktober 2010 yang lalu, pihak Sekolah Kebangsaan Batang Melaka dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu (KTMB) telah mengadakan Program Kembara ke Kuala Lipis, Pahang.
Walaupun menghadapi sedikit kesulitan pada awalnya, perjalanan yang ditempuhi selama 5 jam dari Stesen Gemas akhirnya berakhir di Hentian Keretapi Kuala Lipis, Pahang. Setibanya disana, kami dibawa ke tempat penginapan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford.
Kami semua disambut dengan begitu meriah oleh pelajar dari SMK Clifford. Setelah diberi sedikit taklimat kami terus ke dewan makan untuk makan malam. Sesudah habis makan, mereka telah mengaturkan pelbagai program untuk murid SK Batang Melaka pada malam itu.
Sabtu 30/10/2010 Pada pagi Sabtu pula, semua guru dan murid menyertai senamrobik dan poco-poco. Selepas itu, kami dibawa melawat pasar pagi di sekitar Kuala Lipis.
Pada waktu tengahari pula, kami juga sempat melawat bangunan bersejarah di sekitar Kuala Lipis dan di sebelah petang pula, pihak SMK Clifford telah mengadakan sukaneka kepada murid SK Batang Melaka.
Menjelang malam, kami semua dijemput untuk makan malam di Kelab Keretapi Tanah Melayu. Pelbagai juadah telah disediakan antaranya ikan bakar talapia merah, ayam goreng, mee goreng dan sebagainya.

Di meriahkan lagi ialah dengan persembahan dari guru dan murid yang bersama menyertai acara karaoke.Ahad 31/10/2010
Selepas menguruskan diri dan solat subuh, kami pergi ke kantin untuk menikmati sarapan pagi. Setelah itu, kami menaiki bas yang disediakan untuk pergi ke Stesen Keretapi Kuala Lipis. Sementara menunggu keretapi sampai, kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di stesen ini.
Untuk itu kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan Kembara SK Batang Melaka bersama KTMB ke Kuala Lipis terutama kepada guru besar, guru-guru, ibubapa murid dan murid-murid. Terima kasih juga di ucapkan kepada unit Ko-Kurikulum yang berjaya menjadikan program ini berjalan dengan lancar.
Dicatat oleh SK Batang Melaka di 1:33 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Monday, September 27, 2010
Majlis Sambutan Hari Raya 2010
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama Islam diantara guru, murid dan warga SKBM. Di samping itu, dapat mewujudkan perasaan kasih sayang yang tinggi dan mewujudkan sikap saling hormat-menghormati.
Antara program yang diadakan ialah persembahan karaoke pelajar Tahun
Satu hingga Tahun Enam. Majlis ini juga turut diserikan dengan
kehadiran mantan guru besar Tn. Hj Minhat B. Azam yang turut
menyumbangkan lagu untuk warga SKBM. Diharapkan majlis seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang... Akhir kata kepada semua pihak yang telah menjayakn majlis ini mendapat kerdhaan Allah Taala.


Dicatat oleh SK Batang Melaka di 11:37 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Tuesday, August 31, 2010
Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 Peringkat Sekolah Tahun 2010
![]() |
| ceramah kemerdekaan |
Masa : 7.40 Pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 di Dataran Perhimpunan. Pada pagi itu juga, semua guru dan murid telah menyanyikan lagu patriotik. Acara perasmian telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar. Tema kemerdekaan tahun ini ialah " 1 Malaysia Menjana Transformasi ".
![]() |
| guru-guru |
![]() |
| guru dan murid menyanyikan lagu patriotik |
Laungan " MERDEKA" sebanyak 3 kali diketuai oleh En. Hazizie B. Hasyim telah menyemarakan semangat kemerdekaan dikalangan guru dan pelajar. Walaupun bulan kemerdekaan jatuh dalam bulan Ramadhan, ia tetap disambut dengan sederhana.
Oleh itu, sempena ulang tahun kemerdekaan kali ini, marilah kita bersama-sama berganding bahu menjaga kedaulatan negara dan dengan satu tekad menjadikan Malaysia negara yang terbilang, gemilang dan cemerlang.
Dicatat oleh SK Batang Melaka di 12:49 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Subscribe to:
Posts (Atom)
Email versi 5.5 |
| Login Email |
Email Warga PPD
EMEL WARGA PPD |
|
|




































