"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog Kami."

BERITA SEMASA


Pemberitahuan


Aktiviti KoKurikulum: Akan dijalankan seperti biasa esok(SELASA) Murid-murid diminta membawa kad Kokurikulum untuk kehadiran.Sila tepati masa (UNIT KoKU SKBM)
.

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 25 Mei 2011.

Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Jun 2011
.

Sila semak dan kemaskini maklumat anda melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula
.


Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)



Sekian dimaklumkan.

Friday, March 26, 2010

TUGU 1MALAYSIA

LDAP 1 ; PEMBENTANGAN DAN ULASAN BUKU.

Latihan dalam Perkhidmatan 1 telah diadakan pada hari Sabtu 27 Mac 2010. Ldap ini telah memberi peluang kepada 3 orang guru untuk membentangkan ulasan dari buku yang telah dibaca oleh guru-guru tersebut. Guru-guru yang membentangkan ulasan ialah Puan Hilmiza binti Mansor, En Borhan bin Puasa dan En Muhammad bin Lasim.

                         Tajuk Pembentangan  :  LINUS
                          Oleh Pn Hilmiza binti Mansor           
Linus bermaksud literasi dan numerasi yang merupakan satu program yang dikhususkan kepada murid-murid Tahun 1. Linus merupakan satu kaedah mengenal pasti masalah tertentu murid dalam pembelajaran dan membuat pemulihan.Murid akan mengikuti tiga peringkat saringan pada bulan Mac, Jun dan September untuk mengenal pasti murid Linus dan Linus Tegar 






TAJUK ; MENGURUS HAL EHWAL MURID: BIMBINGAN DAN KAUNSELING.
Penulis  :  Abdullah Sani bin Yahaya daripada USM
Pembentang : En Borhan bin Puasa

Pembentangan ini menjurus kepada hal ehwal pelajar dari segi menangani masalah disiplin murid dari sudut kaunseling. pembentangan juga berkisar mengenai matlamat kaunseling, prinsip-prinsip, masalah serta cara menangani setiap permasalahan yang berlaku di sekolah.

 TAJUK PEMBENTANGAN: PEMIKIRAN DAN KREATIVITI 
Penulis  :  Dr Khuan Wai Bing dan Prof Omar Abdul Kareem.

Pembentang  :  En Muhammad bin Lasim. 

Pembentangan ini menjurus kepada meningkatkan potensi minda individu.Setiap individu mempunyai potensi yang pelbagai dan memerlukan proses pembentukan minda. Pembentang juga menerangkan tentang rahsia kehebatan otak dimana otak mempunyai  pelbagai kemahian serta potensi yang boleh dikembangkan.                                  



       

 PROJEK: TUGU 1 MALAYSIA

Penasihat : Tn. Hj. Minhat Azam (GURU BESAR)

Ketua Projek : En. Samsuri Jumaat
                       En. Mohd Nor Mattah

Projek Tugu 1 Malaysia telah diilhamkan oleh Guru Besar SK Batang Melaka dan mendapat sokongan semua warga sekolah. Projek ini telah dimulakan pada bulan Februari dan dijangka siap pada akhir Mac. Tugu ini merupakan inspirasi serta gagasan Perdana Menteri Malaysia yang menjadi tonggak perpaduan Malaysia.





Template by - Abdul Munir - 2008