"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog Kami."

BERITA SEMASA


Pemberitahuan


Aktiviti KoKurikulum: Akan dijalankan seperti biasa esok(SELASA) Murid-murid diminta membawa kad Kokurikulum untuk kehadiran.Sila tepati masa (UNIT KoKU SKBM)
.

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 25 Mei 2011.

Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Jun 2011
.

Sila semak dan kemaskini maklumat anda melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula
.


Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)



Sekian dimaklumkan.

Monday, September 27, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya 2010

  
 Jumaat, 24 September 2010- Sekolah Kebangsaan Batang Melaka telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 bertempat di kantin Sek. Keb. Batang Melaka.Sebelum memulakan majlis ini, bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Syafi B. Zakarianor dan sedikit ucapan dari guru besar Tn. Zakaria B. Omar.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama Islam diantara guru, murid dan warga SKBM. Di samping itu, dapat mewujudkan perasaan kasih sayang yang tinggi dan mewujudkan sikap saling hormat-menghormati.
Antara program yang diadakan ialah persembahan karaoke pelajar Tahun Satu hingga Tahun Enam. Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran mantan guru besar Tn. Hj Minhat B. Azam yang turut menyumbangkan lagu untuk warga SKBM.

Diharapkan majlis seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang... Akhir kata kepada semua pihak yang telah menjayakn majlis ini mendapat kerdhaan Allah Taala.






Template by - Abdul Munir - 2008