"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog Kami."

BERITA SEMASA


Pemberitahuan


Aktiviti KoKurikulum: Akan dijalankan seperti biasa esok(SELASA) Murid-murid diminta membawa kad Kokurikulum untuk kehadiran.Sila tepati masa (UNIT KoKU SKBM)
.

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 25 Mei 2011.

Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Jun 2011
.

Sila semak dan kemaskini maklumat anda melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula
.


Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)



Sekian dimaklumkan.

Thursday, February 11, 2010

Ucapan GURU BESAR SK BATANG MELAKA



EN. ZAKARIA BIN HJ. OMAR
Guru Besar

 
KEM BESTARI SOLAT
KHAMIS 4 MAC 2010. Kem BESTARI Solat telah dianjurkan oleh Panitia Agama Islam. Pelbagai acara diatur seperti hafalan surah, mewarna dan amali solat. Fasilitator terdiri dari semua warga pendidik sekolah. Terima kasih kepada semua yang terlibat.


JUMAAT 5 MAC 2010. Majlis Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul 2010  peringkat sekolah  telah dijalankan. Majlis ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam sekolah.Menurut Ketua Panitia unit, Ustaz Mohd Shafi Bin Zakarianor,"Sambutan tahunan ini diketuai oleh Tn Hj. Minhat Azam, Guru Besar sekolah. Selain itu, pengisian Sambutan Maulidurrasul ialah  ceramah agama yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Anuar Ibrahim dari SMK Selandar". Aktiviti lain seperti bacaan al-quran, persembahan nasyid murid-murid tahun 4 , dan bercerita.Terima kasih kepada semua pihak yang  menjayakan aktiviti ini.




5 MAC 2010
UNIT PELANCONGAN SEKOLAH
(Projek Penternakan Ikan Keli - 10 000 ekor)

JUMAAT 5 MAC. Unit pelancongan sekolah telah pun memulakan projek penternakan ikan keli. Ikan daripada baka Afrika. Menurut Pengerusi Kelab; Tn. Hj Sham Anoh,"Sebanyak 10 000 ekor anak ikan keli telah dilepaskan ke dalam kolam sekolah". Tn. Hj. Minhat, Guru Besar  SKBM telah sudi melepaskan anak-anak ikan ini ke dalam kolam.

KAKITANGAN S.K.BATANG MELAKA 2010

MAJLIS PELANCAAN NILAM PRINGKAT SEKOLAH


ISNIN. 1 MAC 2010 -  Unit Penyelaras Media sekolah ini telah melancarkan program NILAM peringat sekolah.  Majis pelancaran telah disempurnakan oleh Tn. Hj.Minhat b. Azam- Guru Besar SK Batang Melaka semasa perhimpunan sekolah . 


NAIB JOHAN MERENTAS DESA NEGERI MELAKA






Seorang pelajar SK Batang Melaka telah menharumkan nama sekolah apabila telah menjadi Naib Johan Merentas Desa Negeri Melaka sempena Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2010.  Sharifah Ezzati binti Rapae telah berjaya merangkul tempat ke 2 acara merentas desa kategori perempuan bawah 12 Tahun. Tahniah diucapkan kepada pelajar tersebut dan sekalung tahniah juga kepada semua guru yang terlibat..Majulah Sukan Untuk SKBM..



SELASA.30 MAC 2010. 2 orang Pegawai Akaun Jabatan Pendidikan Melaka telah hadir ke SKBM. Mereka menjalankan pemantauan dan bimbingan akaun sekolah. Mereka diketuai oleh En. Ahmad Ali b. Yusuf dan En. Razak b. Dogol. Pasukan akaun sekolah di ketuai oleh PT Pn. Rohana Seman dan Pn Norsyamsinar Razali



0 Comments:

Template by - Abdul Munir - 2008