"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog Kami."

BERITA SEMASA


Pemberitahuan


Aktiviti KoKurikulum: Akan dijalankan seperti biasa esok(SELASA) Murid-murid diminta membawa kad Kokurikulum untuk kehadiran.Sila tepati masa (UNIT KoKU SKBM)
.

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 25 Mei 2011.

Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Jun 2011
.

Sila semak dan kemaskini maklumat anda melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula
.


Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)



Sekian dimaklumkan.

Friday, July 16, 2010

PROGRAM ISRAK DAN MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH


Tarikh : 16 julai 2010
Masa  : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Kantin Sekolah
Penceramah : Ustaz Mohamad Nizam bin Che Hassan


Assalamualaikum w.r.t dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Allah dengan limpah kurnianya dapat juga program Sambutan Israk dan Mikraj dijalankan pada pagi  ini. Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada penceramah jemputan Ustaz Mohamad Nizam kerana sudi memberi ceramah Israk dan Mikraj.
 Acara ini dimulai dengan mengucap puji-pujian kepada Allah, bacaan ayat-ayat al-Quran dan bacaan doa serta ceramah Israk dan Mikraj.
Objektif program ini diadakan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang ibadah.
Disamping itu, ia juga dapat meningkatkan ukhwah dan persaudaraan dalam kalangan warga SKBM serta dapat mewujudkan insan yang beriman dan membentuk masyarakat yang berilmu.

Ribuan terima kasih juga diberikan kepada Guru Besar, GPK1, GPK HEM, GPK KOKU, Ahli Jawatankuasa dan warga SKBM yang menjayakan program Israk dan Mikraj.





- Anjuran Panitia Pendidikan Islam-

0 Comments:

Template by - Abdul Munir - 2008