"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog Kami."

BERITA SEMASA


Pemberitahuan


Aktiviti KoKurikulum: Akan dijalankan seperti biasa esok(SELASA) Murid-murid diminta membawa kad Kokurikulum untuk kehadiran.Sila tepati masa (UNIT KoKU SKBM)
.

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 25 Mei 2011.

Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Jun 2011
.

Sila semak dan kemaskini maklumat anda melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula
.


Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)



Sekian dimaklumkan.

Thursday, November 11, 2010

KEMBARA SK BATANG MELAKA BERSAMA KTMB KE LIPIS

 Jumaat  29/10/2010
Pada 29 Oktober 2010 yang lalu, pihak Sekolah Kebangsaan Batang Melaka dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu (KTMB) telah mengadakan Program Kembara ke Kuala Lipis, Pahang.
Walaupun menghadapi sedikit kesulitan pada awalnya, perjalanan yang ditempuhi selama 5 jam dari Stesen Gemas akhirnya berakhir di Hentian Keretapi Kuala Lipis, Pahang. Setibanya disana, kami dibawa ke tempat penginapan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford.

  Kami semua disambut dengan begitu meriah oleh pelajar dari SMK Clifford. Setelah diberi sedikit taklimat kami terus ke dewan makan untuk makan malam. Sesudah habis makan, mereka telah mengaturkan pelbagai program untuk murid SK Batang Melaka pada malam itu.

Sabtu 30/10/2010
Pada pagi Sabtu pula, semua guru dan murid menyertai senamrobik dan poco-poco. Selepas itu, kami dibawa melawat pasar pagi di sekitar Kuala Lipis.

Pada waktu tengahari pula, kami juga sempat melawat bangunan bersejarah di sekitar Kuala Lipis dan di sebelah petang pula, pihak SMK Clifford telah mengadakan sukaneka kepada murid SK Batang Melaka. 
Menjelang malam, kami semua dijemput untuk makan malam di Kelab Keretapi Tanah Melayu. Pelbagai juadah telah disediakan antaranya ikan bakar talapia merah, ayam goreng, mee goreng dan sebagainya.



Di meriahkan lagi ialah dengan persembahan dari guru dan murid yang bersama menyertai acara karaoke.
Ahad 31/10/2010
Selepas menguruskan diri dan solat subuh, kami pergi ke kantin untuk menikmati sarapan pagi. Setelah itu, kami menaiki bas yang disediakan untuk pergi ke Stesen Keretapi Kuala Lipis. Sementara menunggu keretapi sampai, kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di stesen ini.
Untuk itu kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan Kembara SK Batang Melaka bersama KTMB ke Kuala Lipis terutama kepada guru besar, guru-guru, ibubapa murid dan murid-murid. Terima kasih juga di ucapkan kepada unit Ko-Kurikulum yang berjaya menjadikan program ini berjalan dengan lancar.



0 Comments:

Template by - Abdul Munir - 2008