"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog Kami."

BERITA SEMASA


Pemberitahuan


Aktiviti KoKurikulum: Akan dijalankan seperti biasa esok(SELASA) Murid-murid diminta membawa kad Kokurikulum untuk kehadiran.Sila tepati masa (UNIT KoKU SKBM)
.

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 25 Mei 2011.

Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Jun 2011
.

Sila semak dan kemaskini maklumat anda melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula
.


Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)



Sekian dimaklumkan.

Saturday, August 7, 2010

Majlis Perpisahan Guru Besar SK Batang Melaka

Jumaat 6 Ogos 2010- Pada pagi Jumaat yang mulia ini, semua warga SK Batang Melaka berasa sedih di atas pemergian Tn. Hj. Minhat B. Azam.



Pada majlis tersebut juga, guru-guru dan murid-murid telah memberi cenderahati kepada beliau dari Pra Sekolah, Kelas Pendidikan Khas, Tahun Satu sehingga Tahun Enam. Dalam pada itu juga,
Pasukan SK Batang Melaka (Pendidikan Khas Ibnu Sina) yang mewakili Zon Jasin telah berjaya merangkul pingat emas dalam acara 4x100m (P) bwh 11 dan pingat perak dalam acara 200m (P) bwh 11. Lebih membanggakan, pasukan ini telah memecahkan rekod kebangsaan/negeri. Tahniah diucapkan kepada atlet-atlet pendidikan khas iaitu Hamizah Hussin, Nuraliesya Azman dan Norsharima Safri.

Selepas guru besar menyampaikan sijil penghargaan kepada atlet pendidikan khas, murid-murid telah berbaris untuk bersalaman dengan beliau sehingga ke kereta sebagai penghormatan. Kami sebagai warga SKBM berasa sedih diatas pemergian beliau. Kami berdoa agar beliau sentiasa sihat dan di murahkan rezeki.

0 Comments:

Template by - Abdul Munir - 2008