"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog Kami."

BERITA SEMASA


Pemberitahuan


Aktiviti KoKurikulum: Akan dijalankan seperti biasa esok(SELASA) Murid-murid diminta membawa kad Kokurikulum untuk kehadiran.Sila tepati masa (UNIT KoKU SKBM)
.

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 25 Mei 2011.

Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Jun 2011
.

Sila semak dan kemaskini maklumat anda melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula
.


Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)



Sekian dimaklumkan.

Monday, August 23, 2010

Program Khatam al-Quran Peringkat Negeri Melaka


TAHNIAH Kepada EN. Razali & Pn. Jurah :
Tarikh : 23 OGOS 2010
Masa : 5:20 pagi
Tempat : Hospital Kuala Pilah
menerima "putera sulong". 3.6 kg.

"Cucu UNCLE Sams"

Khabarnye ayah eee bermalam di surau hospital tunggu anak e lahir...berkorban la kan.


"Selamat Datang Guru Besar Baru"

SELASA -24 OGOS 2010. EN. Zakaria Omar mula bertugas di SK Batang Melaka.  SELAMAT DATANG BOSSS




Tarikh  : 21 Ogos 2010
Hari      : Sabtu
Masa    :10.00 pg - 1.30 ptg
Tempat : MITC Ayer Keroh

Pada hari Sabtu yang lalu, kira-kira 15,033 orang telah menghadiri bacaan ayat-ayat suci al-Quran pada Majlis Khatam Quran Perdana Pelajar Sekolah Rendah di MITC Ayer Keroh, Melaka. Sekolah Kebangsaan Batang Melaka telah menghantar seramai 80 orang murid dan diiringi 2 orang guru pengiring iaitu ustaz Syafi B. Zakarianor dan ustaz Mohamad Firdhaus B. Razali.

Majlis ini disempurnakan oleh perasminya oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam. Datuk Seri Ali Rustam juga berkata, " apabila golongan muda memahami dan mendalami kandungan al-quran, mereka dapat mengelakkan diri dari keruntuhan akhlak pada masa kini, " katanya.

Majlis anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu turut dicatatkan dalam ' Malaysia Book of Records ' berikutan berjaya mengumpulkan seramai 15,033 pelajar sekolah rendah Tahun 4 dan Tahun 5 bersama-sama menyertai Majlis Khatam Perdana.

Pencapaian itu sekaligus mengatasi rekod yang dibuat oleh kerajaan Terengganu dengan penyertaan seramai 13,877 orang pada tahun lalu.

0 Comments:

Template by - Abdul Munir - 2008