"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog Kami."

BERITA SEMASA


Pemberitahuan


Aktiviti KoKurikulum: Akan dijalankan seperti biasa esok(SELASA) Murid-murid diminta membawa kad Kokurikulum untuk kehadiran.Sila tepati masa (UNIT KoKU SKBM)
.

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 25 Mei 2011.

Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Jun 2011
.

Sila semak dan kemaskini maklumat anda melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula
.


Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)



Sekian dimaklumkan.

Monday, August 30, 2010

Program Ceramah Ramadhan 2010/1431 H

 Jumaat, 27 Ogos 2010 - Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada Ustaz Adli B. Abu Khir kerana sudi datang ke Sekolah Kebangsaan Batang Melaka untuk memberi ceramah.
Ceramah ini telah dihadiri dari tahun 1-6 dan murid dari pendidikan khas. Objektif utama ceramah ini diadakan supaya warga SKBM menghayati ibadah puasa melalui ceramah Ramadhan. Antara lain dapat mengukuhkan tali persaudaraan sesama Islam dan dapat memberikan ilmu pengetahuan tentang fadhilat Ramadhan  kepada  guru dan murid.
Akhir kata, kepada semua pihak yang menjayakan program ini diucapkan jutaan berbanyak-banyak terima kasih.







-  Anjuran Panatia Pendidikan Agama Islam-

0 Comments:

Template by - Abdul Munir - 2008