"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog Kami."

BERITA SEMASA


Pemberitahuan


Aktiviti KoKurikulum: Akan dijalankan seperti biasa esok(SELASA) Murid-murid diminta membawa kad Kokurikulum untuk kehadiran.Sila tepati masa (UNIT KoKU SKBM)
.

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 25 Mei 2011.

Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Jun 2011
.

Sila semak dan kemaskini maklumat anda melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula
.


Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)



Sekian dimaklumkan.

Tuesday, August 31, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 Peringkat Sekolah Tahun 2010

ceramah kemerdekaan
Tarikh          : 30 Ogos 2010
Masa           : 7.40 Pagi
Tempat        : Dataran Perhimpunan



Pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 di Dataran Perhimpunan. Pada pagi itu juga, semua guru dan murid telah menyanyikan lagu patriotik. Acara perasmian telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar. Tema kemerdekaan tahun ini ialah " 1 Malaysia Menjana Transformasi ".

guru-guru
Disamping itu juga, sedikit ceramah kemerdekaan telah disampaikan oleh Pn. Martini Bt. Amid kepada murid dan juga guru. Ceramah itu bertujuan untuk menceritakan tentang sejarah kemerdekaan Malaysia supaya murid memahami dan menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.


guru dan murid menyanyikan lagu patriotik
Selepas menceritakan serba sedikit tentang sejarah negara, guru dan murid menyanyikan 3 buah lagu patriotik iaitu lagu 1 Malaysia, Jalur Gemilang dan KeranaMu Malaysia.
Laungan " MERDEKA" sebanyak 3 kali diketuai oleh En. Hazizie B. Hasyim telah menyemarakan semangat kemerdekaan dikalangan guru dan pelajar. Walaupun bulan kemerdekaan jatuh dalam bulan Ramadhan, ia tetap disambut dengan sederhana.

 
Oleh itu, sempena ulang tahun kemerdekaan kali ini, marilah kita bersama-sama berganding bahu menjaga kedaulatan negara dan dengan satu tekad menjadikan Malaysia negara yang terbilang, gemilang dan cemerlang.

0 Comments:

Template by - Abdul Munir - 2008