"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog Kami."

BERITA SEMASA


Pemberitahuan


Aktiviti KoKurikulum: Akan dijalankan seperti biasa esok(SELASA) Murid-murid diminta membawa kad Kokurikulum untuk kehadiran.Sila tepati masa (UNIT KoKU SKBM)
.

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 25 Mei 2011.

Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Jun 2011
.

Sila semak dan kemaskini maklumat anda melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula
.


Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)



Sekian dimaklumkan.

Wednesday, May 26, 2010

JAMUAN MERAIKAN KEJAYAAN PASUKAN HOKI PEREMPUAN SEKOLAH.

JAMUAN KEJAYAAN.


Satu Jamuan meraikan kejayaan pasukan hoki perempuan sekolah telah diadakan dikantin sekolah SKBM. Jamuan ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Batang Melaka sebagai galakan serta pencetus semangat kepada semua murid. Jamuan makan ini dihadiri oleh wakil PIBG sekolah iaitu Ustaz Shahabudin, Guru Besar SK Batang Melaka Tn Hj Minhat bin Azam, Gpk-gpk SKBM, Jurulatih serta guru-guru penasihat pasukan hoki sekolah. Jamuan ini juga bertujuan untuk meraikan pasukan hoki wanita yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah diperingkat negeri.

Wednesday, May 19, 2010

KEM BEATARI SOLAT KALI KE 2 SKBM 2010

KEM BESTARI SOLAT KALI KE 2 SKBM 2010


SK Batang Melaka telah berjaya menganjurkan Kem Bestari Solat kali ke 2 untuk tahun 2010 pada 13 dan 14 Mei 2010 iaitu Khamis dan Jumaat. Kem bestari Solat ini melibatkan semua murid tahap 2 dan guru-guru yang dipecahkan kepada dua kumpulan mengikut hari. Kem ini telah berjaya mencapai matlamat melalui bilangan pelajar yang sudah mencapai tahap baik semakin meningkat dari masa ke semasa. Kem ini berjaya memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai wuduk dan solat serta menjadi platform terbaik untuk mengembangkan pengetahuan ibadat yang baik di awal usia kanak-kanak. Setinggi ucapan terima kasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan Kem Bestari Solat ini dan segala pengorbanan guru-guru serta jawatankuasa hanya Allah saja yang dapat membalasnya. 

Tuesday, May 18, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010 SK BATANG MELAKA.


SAMBUTAN HARI GURU SKBM 2010
.
Sambutan Hari Guru SKBM telah diadakan pada 17 Mei 2010 (Isnin) dan disertai oleh semua warga pendidik SKBM. Sambutan ini dimulakan dengan ucapan wakil pelajar, Saudara Muhamamd Fakarullah b Rozairin dan diikuti ucapan yang cukup berisi daripada Tn Hj Minhat bin Azam, Guru Besar SK Batang Melaka.Selepas itu majlis diteruskan dengan pembacaan Perutusan Khas Menteri Pelajaran Malaysia oleh En Daud Md Nasir dan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Pn Rafeah Mohd Dah.Sambutan ini dimeriahkan lagi dengan acara sukaneka yang meliputi empat permainan iaitu baling gelung rotan, bowling buah kelapa, isi air dlm botol dan cantum ucapan. Acara sukaneka ini dimenangi oleh kumpulan guru besar yang mengalahkan tiga kumpulan lain.Selepas sukaneka sambutan ini diserikan dengan memotong tiga biji kek secret recipe dan jamuan makan. Sambutan ini diteruskan dengan acara bertukar-tukar hadiah diantara guru SKBM. Acara sambutan berakhir dengan persembahan murid iaitu persembahan sajak oleh pelajar, nyayian serta permainan diantara semua murid dan guru.guru. Ucapan perngharagaan kepada semua yang terlibat serta memeriahkan sambutan Hari Guru SKBM 2010 yang berjalan lancar mengikut jadual.































 




Sunday, May 16, 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA CIKGU SK BATANG MELAKA.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua cikgu SK Batang Melaka yang telah banyak berjasa kepada warga Batang Melaka dan bangsa tercinta..Sekalung penghargaan kepada ketua kami yang berwatakan tegas tetapi baik hati dan hansem orangnya, Tn Haji Minhat bin Azam, para jeneral kanan yang menjadi pengerak kepada kelancaran organisasi iaitu GPK1 En Muhammad bin Lasim yang sedang mengharungi perjuangan menjadi seorang pelajar, GPK Hem /Memangku GPK1 Daud  Md Nasir dan Ustazah Sukan kami GPK Kokurikulum Puan Rafeah binti Mohd Dah. Selamat hari guru diucapkan kepada Cikgu Bahasa sekolah, Cikgu Borhan, Cikgu Md Nor yang jarang senyum tapi bila senyum....., Cikgu Buku kami Cikgu Hilmiza iaitu Cikgu Perpustakaan, Cikgu Genius Matematik Cikgu Rozita. Tauke Ikan Keli n puyu Cikgu Hj Sham, Cikgu-cikgu English, Cikgu Arni, Cikgu Samsuri dan MADAM TUTY. Tidak lupa kepada cikgu yang memang tak pernah dapat hadiah Cikgu-cikgu PPKi Ibnu Sina Cikgu Badrul(cikgu mic), Cikgu Shikin (cikgu makan-makan-RMT) dan Cikgu Derwena. Ucapan Hari Guru juga dihulurkan kepada cikgu yang ramai anak-anak kecil iaitu Cikgu Mazlizam (murid Prasekolah la), Cikgu yang heboh dengan datanya Cikgu Muhaimin dan Cikgu Pemulihan yang sentiasa menyendiri Cikgu Khalid. Terima Kasih juga kepada Pakar-pakar sains SK Batang Melaka Cikgu Razali dan Cikgu Khairul. Tidak dilupakan barisan ustaz dan ustazah yang membentuk jati diri murid iaitu Ustaz Shafi, Ustaz Firdhaus, Ustazah Khairulnisa, Ustazah Norizan dan Ustazah Zaidawaty. Penghargaan juga diberikan kepada Penyelaras Sambutan Hari Guru tahun ini iaitu Cikgu Norra dan diharap sambutan pada tahun ini merupakan sambutan yang paling meriah serta meningkatkan semangat guru untuk mencurahkan bakti kepada bangsa dan negara.

JADILAH SEORANG GURU YANG HADIRNYA DITUNGGU, HILANGNYA DIRINDU, ILMUNYA DIBURU,NASIHATNYA DISERU DAN TINGKAH LAKUNYA DITIRU..

   

Friday, May 14, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PPKI KE ZOO MELAKA.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR PPKI KE ZOO MELAKA DAN TAMAN TEMA AIR AYER KEROH 2010.


 
 Program PPKI Ibnu Sina telah berjaya mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Melaka. Lawatan ini diadakan pada 22 April 2010 yang melibatkan 7 orang pelajar, 3 orang guru, 1 orang PPM dan 2 orang ibu pelajar Hyperaktif.Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai alam haiwan dan habitatnya. Lawatan ini membolehkan murid-murid Pendidikan Khas melihat sendiri rupa sebenar haiwan dan tabiat haiwan-haiwan tersebut. Murid dapat mengenali pelbagai jenis haiwan serta melihat Gajah, Harimau, Singa,Ular dan   pelbagai haiwan dengan mata sendiri. Lawatan ini memberi banyak faedah kepada murid melalui pengajaran secara langsung selama hampir tiga jam mengelilingi Zoo Melaka. Selepas selesai melawat zoo, murid dibawa ke Taman Buaya. Di Taman Buaya ini murid dapat melihat sendiri pelbagai spesis buaya di seluruh dunia, ular sawa sepanjang 10 meter dan pelbagai spesis burung. Taman Buaya juga ada menyediakan Taman Tema Air yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti gelunsur di dalam air,permainan bola tampar air dan lain-lain. Murid-murid menghabiskan masa hampir 3 jam di Taman Tema Air ini serta gembira bermain air di taman ini. Rombongan bertolak pulang ke SK Batang Melaka pada pukul 4 petang. lawatan ini memberikan pengalaman baru kepada murid serta meningkatkan kefahaman murid mengenai alam haiwan serta habitatnya. 

Thursday, May 13, 2010

NAIB JOHAN PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK 2010

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MENGHARUMKAN NAMA SK BATANG MELAKA.




 Muhamamd Asyraf bin Shahabudin pelajar tahun 4A telah merangkul tempat kedua pertandingan Mendeklamasikan Sajak Kawasan Jasin/ Merlimau 2010 dengan sajaknya yang bertajuk 'PESAN RAJA HAJI'. Muhammad Asyraf telah berjaya menewaskan 12 peserta lain yang merangkumi semua sekolah di kawasan Jasin. Pertandingan ini telah diadakan pada 12 Mei 2010 bertempat di Kolej Komuniti Jasin. Johan pertandingan ini dimiliki oleh peserta dari SK Air Baruk dan tempat ketiga peserta dari SK Seri Bemban. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang terutama peserta SK Batang Melaka yang berjaya mengharumkan nama sekolah diperingkat daerah.Sekalung penghargaan juga kepada Guru Pembimbing En Borhan bin Puasa dan Pn Norashikin bin Abu Hassan di atas bimbingan serta tunjuk ajar yang cukup berkesan sehingga melahirkan penyajak yang baik di bumi Batang melaka yang bertuah ini. Kejayaan Muhammad Asyraf menambahkan lagu koleksi kejayaan pasukan dan peserta sekolah dalam pelbagai peringkat sama ada diperingkat negeri ataupun kawasan sepanjang tahun 2010. kejayaan ini merealisasikan Visi SK Batang Melaka iaitu SK Batang Melaka maju dan gemilang pada tahun 2010. 

LAWATAN MUHIBAH PPKI IBNU SINA

LAWATAN MUHIBAH PPKI IBNU SINA KE RUMAH MURID MENGHIDAP PENYAKIT JANTUNG.



Kelas PPKI Ibnu Sina SK Batang Melaka telah mengadakan lawatan muhibah ke rumah Sahera binti Senin pada 13 Mei 2010. Lawatan ini bertujuan untuk menziarahi murid PPKI Ibnu Sina yang menghidap penyakit jantung berlubang dan tidak dapat hadir ke sekolah hampir 2 bulan. Lawatan ini terdiri daripada dua orang guru dan lima orang murid PPKI Ibnu Sina. Lawatan ini juga bertujuan bertanya khabar dan kunjungan mesra ke rumah murid terbabit yang terletak di Kampung Orang Asli Tebong Stesen di Tebong. Lawatan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan siraturahim serta muafakat dikalangan warga sekolah terutama warga PPKI denagn ibu bapa murid. Lawatan ini mewujudkan kemesraan serta saling bantu membantu diantara semua pihak. Pihak sekolah mengucapkan sekalung penghargaan kepada guru dan murid yang menjayakan lawatan muhibah ini. Di harap kerjasama serta perkongsian muhibah dikalangan semua akan berterusan serta berpanjangan di masa akan datang selaras dengan matlamat 1 Malaysia.

Tuesday, May 11, 2010

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN PASUKAN HOKI SEKOLAH

TAHNIAH DIATAS KEJAYAAN PASUKAN HOKI SEKOLAH.



Pasukan Hoki Perempuan SK Batang Melaka telah berjaya menjadi Johan Hoki Negeri Melaka dengan mengalahkan pasukan hoki SK Bukit Baru 1-0 Pasukan ini merangkul kejuaraan terbesar sekolah rendah pada tahun ini dan pihak sekolah sangat berbangga dengan kejayaan yang diperolehi. Pasukan hoki lelaki berjaya merangkul tempat ke 5 dan merupakan Top 5 dalam negeri Melaka. Ucapan penghargaan diberikan kepada Jurulatih utama pasukan ini iaitu Cikgu Hazizie bin Hashim, Cikgu Muhaimin bin Haron dan Cik Derwena Mohd Bazain.Sekalung penghargaan kepada semua penaja-penaja, staf-staf dan seluruh warga sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung memberi kejayaan kepada pasukan hoki sekolah 2010. Terima Kasih di ucapkan kepada para penaja dan penyumbang pasukan hoki sekolah iaitu Cengal Abadi Enterprise, Haji Larut bin Lambat ( Esso Batang Melaka), En Mansur, D'Nater Sdn Bhd, En Hussain bin Md Jasin (JKKK Kg Pungur Negeri Sembilan dan semua yang terlibat demi menjayakan misi sekolah ini.










KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS ZON JASIN 2010


KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS ZON JASIN 2010.

Kejohanan ini telah diadakan pada 05 dan 06 Mei 2010 iaitu pada hari Rabu dan Khamis di SMK Dato Bendahara. SK Batang Melaka telah mengambil bahagian dalam semua acara yang melibatkan 5 orang murid yang dibahagikan kepada lima kategori iaitu Bawah 12 Tahun dan Bawah 10 Tahun. Murid Pendidikan Khas Ibnu Sina Sk Batang Melaka telah berjaya membawa pulang satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa.Murid yang berjaya merangkul pingat ialah Hamizah bin Husin yang mendapat pingat perak dalam acara 200 meter bawah 12 tahun dan pingat gangsa dalam acara lompat jauh Bawah 14 Tahun. Murid ini berjaya bersaing dengan murid-muird sekolah menengah yang diletakan dalam 1 kategori. Selain itu, Noraliesya binti Azman berjaya merangkul pingat emas dalam acara 100 meter Bawah 10 Tahun.

                              











MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS ZON JASIN 2010.

Majlis Tilawah Al-quran peringkat zon Jasin telah diadakan pada pada 27 April 2010 di SMK Jasin, Melaka. Majlis ini melibatkan pertandingan Hafazan, Tilawah, Azan Subuh, Khat Jawi dan bercerita kisah nabi. Pertandingan ini melibatkan 16 sekolah rendah dan 8 sekolah menengah disekitar Jasin. SK Batang Melaka telah menyertai pertandingan hafazan sekolah rendah. Norsharima binti Safri telah berjaya merangkul Naib Johan Hafazan kategori sekolah rendah dengan mengalahkan 10 pesaing yang lain.

Template by - Abdul Munir - 2008