"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog Kami."

BERITA SEMASA


Pemberitahuan


Aktiviti KoKurikulum: Akan dijalankan seperti biasa esok(SELASA) Murid-murid diminta membawa kad Kokurikulum untuk kehadiran.Sila tepati masa (UNIT KoKU SKBM)
.

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 25 Mei 2011.

Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Jun 2011
.

Sila semak dan kemaskini maklumat anda melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula
.


Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)



Sekian dimaklumkan.

Monday, September 27, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya 2010

  
 Jumaat, 24 September 2010- Sekolah Kebangsaan Batang Melaka telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 bertempat di kantin Sek. Keb. Batang Melaka.Sebelum memulakan majlis ini, bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Syafi B. Zakarianor dan sedikit ucapan dari guru besar Tn. Zakaria B. Omar.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama Islam diantara guru, murid dan warga SKBM. Di samping itu, dapat mewujudkan perasaan kasih sayang yang tinggi dan mewujudkan sikap saling hormat-menghormati.
Antara program yang diadakan ialah persembahan karaoke pelajar Tahun Satu hingga Tahun Enam. Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran mantan guru besar Tn. Hj Minhat B. Azam yang turut menyumbangkan lagu untuk warga SKBM.

Diharapkan majlis seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang... Akhir kata kepada semua pihak yang telah menjayakn majlis ini mendapat kerdhaan Allah Taala.






Tuesday, August 31, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 Peringkat Sekolah Tahun 2010

ceramah kemerdekaan
Tarikh          : 30 Ogos 2010
Masa           : 7.40 Pagi
Tempat        : Dataran Perhimpunan



Pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 di Dataran Perhimpunan. Pada pagi itu juga, semua guru dan murid telah menyanyikan lagu patriotik. Acara perasmian telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar. Tema kemerdekaan tahun ini ialah " 1 Malaysia Menjana Transformasi ".

guru-guru
Disamping itu juga, sedikit ceramah kemerdekaan telah disampaikan oleh Pn. Martini Bt. Amid kepada murid dan juga guru. Ceramah itu bertujuan untuk menceritakan tentang sejarah kemerdekaan Malaysia supaya murid memahami dan menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.


guru dan murid menyanyikan lagu patriotik
Selepas menceritakan serba sedikit tentang sejarah negara, guru dan murid menyanyikan 3 buah lagu patriotik iaitu lagu 1 Malaysia, Jalur Gemilang dan KeranaMu Malaysia.
Laungan " MERDEKA" sebanyak 3 kali diketuai oleh En. Hazizie B. Hasyim telah menyemarakan semangat kemerdekaan dikalangan guru dan pelajar. Walaupun bulan kemerdekaan jatuh dalam bulan Ramadhan, ia tetap disambut dengan sederhana.

 
Oleh itu, sempena ulang tahun kemerdekaan kali ini, marilah kita bersama-sama berganding bahu menjaga kedaulatan negara dan dengan satu tekad menjadikan Malaysia negara yang terbilang, gemilang dan cemerlang.

Monday, August 30, 2010

Program Ceramah Ramadhan 2010/1431 H

 Jumaat, 27 Ogos 2010 - Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada Ustaz Adli B. Abu Khir kerana sudi datang ke Sekolah Kebangsaan Batang Melaka untuk memberi ceramah.
Ceramah ini telah dihadiri dari tahun 1-6 dan murid dari pendidikan khas. Objektif utama ceramah ini diadakan supaya warga SKBM menghayati ibadah puasa melalui ceramah Ramadhan. Antara lain dapat mengukuhkan tali persaudaraan sesama Islam dan dapat memberikan ilmu pengetahuan tentang fadhilat Ramadhan  kepada  guru dan murid.
Akhir kata, kepada semua pihak yang menjayakan program ini diucapkan jutaan berbanyak-banyak terima kasih.







-  Anjuran Panatia Pendidikan Agama Islam-

Monday, August 23, 2010

Program Khatam al-Quran Peringkat Negeri Melaka


TAHNIAH Kepada EN. Razali & Pn. Jurah :
Tarikh : 23 OGOS 2010
Masa : 5:20 pagi
Tempat : Hospital Kuala Pilah
menerima "putera sulong". 3.6 kg.

"Cucu UNCLE Sams"

Khabarnye ayah eee bermalam di surau hospital tunggu anak e lahir...berkorban la kan.


"Selamat Datang Guru Besar Baru"

SELASA -24 OGOS 2010. EN. Zakaria Omar mula bertugas di SK Batang Melaka.  SELAMAT DATANG BOSSS

Thursday, August 12, 2010

Program Kempen Membaca Sepanjang Hayat Bersama Majalah Kuntum

Pada hari Selasa yang lalu, kempen membaca sepanjang hayat bersama majalah Kuntum telah dilancarkan.  Pelbagai acara telah diadakan sepanjang program ini berlangsung. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dikalangan pelajar. Sehubungan itu juga, amalan membaca sepanjang hayat juga dapat dijadikan sebagai satu tabiat.















Program ini juga telah menarik minat para murid dari murid Pra Sekolah, Murid Pendidikan Khas, Murid Tahun Satu sehingga Tahun Enam termasuk para guru. Diharap program yang telah dilancarkan ini dapat membantu para murid untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Jutaan terima kasih juga di ucapkan kepada majalah Kuntum kerana sudi melancarkan program kempen membaca sepanjang hayat. Tidak ketinggalan juga guru-guru, murid-murid dan staf SKBM  yang bersama-sama menjayakan program ini.

Saturday, August 7, 2010

Gotong-royong Perdana

Mengemas buku
Sabtu 7 Ogos 2010 - Sempena menyambut seruan kerajaan, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis gotong-royong bersama warga SK Batang Melaka. Objektif utama gotong royong ini diadakan ialah untuk menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat. Selain itu, dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat dan ceria. Di samping itu juga, pihak sekolah juga dapat mengeratkan tali silaturrahim yang erat bersama pelajar, guru-guru dan staf SKBM.
Mengecat
Oleh itu, sekalung penghargaan diberikan kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan program gotong-royong perdana peringkat sekolah.
Mengelap tingkap

Murid sibuk menyapu

Majlis Perpisahan Guru Besar SK Batang Melaka

Jumaat 6 Ogos 2010- Pada pagi Jumaat yang mulia ini, semua warga SK Batang Melaka berasa sedih di atas pemergian Tn. Hj. Minhat B. Azam.



Pada majlis tersebut juga, guru-guru dan murid-murid telah memberi cenderahati kepada beliau dari Pra Sekolah, Kelas Pendidikan Khas, Tahun Satu sehingga Tahun Enam. Dalam pada itu juga,
Pasukan SK Batang Melaka (Pendidikan Khas Ibnu Sina) yang mewakili Zon Jasin telah berjaya merangkul pingat emas dalam acara 4x100m (P) bwh 11 dan pingat perak dalam acara 200m (P) bwh 11. Lebih membanggakan, pasukan ini telah memecahkan rekod kebangsaan/negeri. Tahniah diucapkan kepada atlet-atlet pendidikan khas iaitu Hamizah Hussin, Nuraliesya Azman dan Norsharima Safri.

Selepas guru besar menyampaikan sijil penghargaan kepada atlet pendidikan khas, murid-murid telah berbaris untuk bersalaman dengan beliau sehingga ke kereta sebagai penghormatan. Kami sebagai warga SKBM berasa sedih diatas pemergian beliau. Kami berdoa agar beliau sentiasa sihat dan di murahkan rezeki.

Thursday, August 5, 2010

Motivasi Keibubapaan dan Kecemerlangan Murid 2010

Khamis, 5 Ogos - Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Tuah B. Atan kerana sudi datang menyampaikan ceramah bertajuk motivasi keibubapaan dan kecemerlangan murid 2010.














Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi panduan, pengetahuan dan motivasi kepada ibubapa supaya sentiasa mengikuti perkembangan anak mereka. Di samping itu, dapat memupuk displin mereka supaya lebih teratur dan sempurna.Matlamat program ini juga adalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Oleh itu, berbanyak-banyak terima kasih juga di ucapkan kepada semua pihak warga SKBM yang terbabit dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada Dato' Perumal dan pengerusi JKKK  Batang Melaka serta SK Felda Bukit Senggeh yang menghadiri ceramah ini.

Friday, July 16, 2010

Ceramah Penjagaan Kesihatan dan Pengurusan Diri


Khamis 15 Julai- Ceramah Penjagaan Kesihatan dan Pengurusan Diri telah diadakan. Ceramah ini disampaikan oleh Dr, En. Roslan B. Hassan (MA) dan Dr. Norizah Mohamad serta pembantu-pembantu yang lain.






Ceramah ini menerangkan kepada pelajar bagaimana untuk menjaga kesihatan dan pengurusan diri. Antara para pelajar yang terbabit di dalam ceramah ini adalah dari pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam.







Di samping itu, pemeriksaan kesihatan juga dijalankan. Antara pemeriksaan yang dijalankan ialah mengambil timbangan berat, ukuran tinggi dan  pemeriksaan tekanan darah. Justeru, kepada semua pihak yang terlibat secara langsung diucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana bersama-sama menjayakan ceramah ini.









PROGRAM ISRAK DAN MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH


Tarikh : 16 julai 2010
Masa  : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Kantin Sekolah
Penceramah : Ustaz Mohamad Nizam bin Che Hassan


Assalamualaikum w.r.t dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Allah dengan limpah kurnianya dapat juga program Sambutan Israk dan Mikraj dijalankan pada pagi  ini. Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada penceramah jemputan Ustaz Mohamad Nizam kerana sudi memberi ceramah Israk dan Mikraj.
 Acara ini dimulai dengan mengucap puji-pujian kepada Allah, bacaan ayat-ayat al-Quran dan bacaan doa serta ceramah Israk dan Mikraj.
Objektif program ini diadakan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang ibadah.
Disamping itu, ia juga dapat meningkatkan ukhwah dan persaudaraan dalam kalangan warga SKBM serta dapat mewujudkan insan yang beriman dan membentuk masyarakat yang berilmu.

Ribuan terima kasih juga diberikan kepada Guru Besar, GPK1, GPK HEM, GPK KOKU, Ahli Jawatankuasa dan warga SKBM yang menjayakan program Israk dan Mikraj.





- Anjuran Panitia Pendidikan Islam-

Thursday, July 1, 2010

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN PESERTA PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH.

SATU LAGI KEJAYAAN  SK BATANG MELAKA.

Peserta bercerita sekolah telah berjaya mengharumkan nama SK Batang Melaka dengan berjaya merangkul tempat ketiga dan kelima dalam Pertandingan Bercerita Peringkat Kawasan Jasin yang telah diadakan baru-baru ini.

Mesyuarat Agung PIBG 2010

TARIKH : 1 JULAI 2010                           MASA : 2.30 PETANG      

PERASMI : SIDANG ABU HASSAN BIN MAADAH

                    Pengerusi JKKK Batang Melaka,
                    Wakil kepada Dato Perumal
                    ADUN Asahan Melaka.
         

Saturday, June 26, 2010

PENERIMA A.P.C. 2010

                                           
Warga SKM mengucapkan TAHNIAH kepada penerima.Semoga menjadi pendorong kepada semua warga SKBM untuk terus cemerlang

Wednesday, May 26, 2010

JAMUAN MERAIKAN KEJAYAAN PASUKAN HOKI PEREMPUAN SEKOLAH.

JAMUAN KEJAYAAN.


Satu Jamuan meraikan kejayaan pasukan hoki perempuan sekolah telah diadakan dikantin sekolah SKBM. Jamuan ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Batang Melaka sebagai galakan serta pencetus semangat kepada semua murid. Jamuan makan ini dihadiri oleh wakil PIBG sekolah iaitu Ustaz Shahabudin, Guru Besar SK Batang Melaka Tn Hj Minhat bin Azam, Gpk-gpk SKBM, Jurulatih serta guru-guru penasihat pasukan hoki sekolah. Jamuan ini juga bertujuan untuk meraikan pasukan hoki wanita yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah diperingkat negeri.

Wednesday, May 19, 2010

KEM BEATARI SOLAT KALI KE 2 SKBM 2010

KEM BESTARI SOLAT KALI KE 2 SKBM 2010


SK Batang Melaka telah berjaya menganjurkan Kem Bestari Solat kali ke 2 untuk tahun 2010 pada 13 dan 14 Mei 2010 iaitu Khamis dan Jumaat. Kem bestari Solat ini melibatkan semua murid tahap 2 dan guru-guru yang dipecahkan kepada dua kumpulan mengikut hari. Kem ini telah berjaya mencapai matlamat melalui bilangan pelajar yang sudah mencapai tahap baik semakin meningkat dari masa ke semasa. Kem ini berjaya memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai wuduk dan solat serta menjadi platform terbaik untuk mengembangkan pengetahuan ibadat yang baik di awal usia kanak-kanak. Setinggi ucapan terima kasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan Kem Bestari Solat ini dan segala pengorbanan guru-guru serta jawatankuasa hanya Allah saja yang dapat membalasnya. 

Template by - Abdul Munir - 2008